اللهم صل على سيدنا محمد ، وعلى سيدنا ومولانا محمد.
بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة.
Alhamdulillah. 12 Rabiul Awal sudah pun berlalu dengan baik. Haishh. Tapi, apa yang syok sangat dengan tarikh nih? Allahu Akbar. Sayang, tarikh ni adalah tarikh.di mana kekasih Allah, Nabiyyuna, Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W.. Huk huk huk.
Bila sebut Maulidur Rasul. Allahu. Rindu pulak Madinah. Di Medina ada satu taman Syurga. Iaitu Raudhah. Syokk sangat pi Raudhah. Di dalam Raudhah ada Makam Nabiyyuna. Besar. Tapi kaum Muslimah tak dapat masuk.Raudhah setiap masa. Kaum Muslimin setiap saat boleh. Jeles lah jugak. Tapi, Alhamdulillah. Dua kali dapat masuk sana. Masha Allah. Rindu sangat. Semoga dapat pergi ke sana lagi. Ameen Ya Rabb.
Okay. Masuk tajuk asal. Maulidur Rasul yaa? Biasanya sambut kat sekolah. Tapi tahun ni hanya di rumah. Tapi lagi menyedihkan saya angkat bendera merah. Haha. Malu Malu Malu. Nak beribadat memang boleh. Tapi kurang syok lah. Tapi takpe. Dah suci akanku balas balik. Insya-Allah. So kat rumah nak pi masjid tak dapat. Hanya duduk dihadapan televisyen menyaksikan sambutan Maulud Nabi di kaca tv. Sedih dan Rindu. Then, eh ada Qasidah lah. Huk Huk Huk. Rindu nya berqasidah. Malam Cinta Allah dan Rasul. Yess. Sambutannya sangat meriah.
Tapi dalam syok syok sambut birthday Nabi, ada juga yang membangkang. Depa sibuk habaq. Maulud Nabi ni bidaah. Allahu. Yess. Memang bidaah itu adalah perkara yang tidak dibuat oleh Rasulullah S.A.W., tetapi bidaah ni kan terbahagi kepada dua. Bidaah yang mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Bila buat sambutan ni, kita dapat mempertingkatkan lagi rasa Cinta kita kepada Allahu Akbar dan juga Nabi Muhammad S.A.W.. Tak salah jika kita buat bidaah hasanah. Dah tu nak sangat bidaah kan? Kereta-kereta tu semua pun bidaah juga. Pernah hangpa dengaq cerita pada zaman Rasulullah S.A.W. ada kereta. Semua jenis kereta ada. Pernah ke? Rasulullah nak pi mana-mana Baginda menunggang unta deyh. Nak sangat bidaah, habis hangpa takdak kereta kah? Aiyoo. Semoga dapat diambil iktibar.
Tengok dekat youtube ada satu orang ustaz penceramah. Depa cerita macam mana pengalamannya bertemu dengan Rasulullah S.A.W.. Huishh Syok uuee. Ni memang betol betul jeles. Ustaz itu banyak kali bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W.. Macam macam gaya versi semua ada. Menyayat hati jugak. Lagi menambahkan rindu dan cinta pada kekasih Allah itu. Masha-Allah. Semoga ana juga dapat bermimpi bertemu dengan Baginda satu hari nanti.
اللهم صل وسلّم على،
سيدنا ومولانا محمد،
عدد ما في علم الله صلاة،
دائمة بالدوّام ملك الله.
Comments
Post a Comment