Ramadhan al-Mubarak :')
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Bulan yang kita semua duk tertunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Ahlan wasahlan ya Ramadhan al-Mubarak.
Ramadhan. Beruntung kan kau. Orang ramai rindu kau. Tak sabar nak jumpa kau. Cemburu aku. Dalam kau terdapat satu malam yang amat istimewa iaitu Lailah al-Qadr.
Teringat aku zaman aku form 3. Aku pernah dapat mimpi. Waktu tu minggu last Ramadhan. Aku tidur. Dan tetiba ada orang kejut aku.
"Madihah. Bangunlah. Malam ini malam Lailah al-Qadr. Nanti kamu terlepas"
Aku dengar suara. Dan bila aku bukak mata, aku rasa silau.Yang penting aku nampak dia berjubah putih, dan sangat bercahaya. Muka aku tak nampak langsung. Aku terkejut. Takkan lah ada budak aspura masuk dorm aku. Dan aku bangun dari baring. Tengok bahagian tengah dorm. Budak dorm aku semua berkumpul pandang aku siap lambai.
"Kak Madi. Kami dapat jumpa Lailah al-Qadr. Kak Madi bila lagi? Cepat kak Madi.Cepat nanti terlepas"
Terus aku terbangun. Bila aku bangun, meremang jap. Sebab budak dorm semua tengah lena. Muka depa semua pun bercahaya.
Itulah first time and maybe the last time kut aku mimpi pasal tu. Dan waktu tu aku rasa, Allah tenang sangat jiwa ini. Tapi tak tahu lah betul ke malam tu malam lailah al-qadr. Allahua'lam.
Bulan Ramadhan ini sepatutnya kita jadikan sebagai Madrasah untuk kita. Beruntung Allah turunkan satu bulan yang amat mulia ini. Maka, kita kena cepat-cepat cari Maghfirah Barakah dan Keampunan dalam bulan ni.
Ada orang sebelum Ramadhan, dia adalah seorang yang jauh dari Allah. Tapi, bila tiba Ramadhan, dia tekad berubah dan perubahan yang baik itu berkekalan. Walau macam manapun, hidayah itu milik Allah. Tapi hidayah tak akan turun kalau kita sendiri tak usaha. Allah itu Maha Mendengar. Maha Memakbulkan Permintaan. Kerana Allah sendiri pernah berfirman yang bermaksud " Dan Tuhanmu berkata. Berdoalah kepada AKU. Nescaya akan AKU kabulkan"
See? Allah tak pernah mungkir janji. Mungkin ada doa kita yang Allah masih belum kabulkan. Mungkin apa yang kita minta itu Allah tahu, ia bukan terbaik buat kita. Allah gantikan dengan yang lebih baik. Dan kadang kita berburuk sangka dengan Allah.
"Kenapa Allah tak nak kabulkan doa aku? Allah tak sayang aku ke?"
"Kata Allah itu Maha Mendengar. Kata Allah itu Maha Memakbulkan. Tapi doa aku tak kabul-kabul pun"
Andai pernah kita berbicara sedemikian, bertaubat lah dengan segera. Allah itu Maha Adil. Kita mungkin fikir, apa yang kita minta Allah beri itu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi kita lupa bahawa,
"We plan. God plan. But the God's plan are the best for us"
Mungkin kita tak sedar. Namun, setiap yang berlaku ada terselit hikmah. Cuma semua itu rahsia Allah. Hanya bersangka baik saja dengan Allah.
Zaman sekarang zaman moden. Zaman yang penuh dengan pelbagai jenis teknologi. Zaman yang menjatuhkan umat Islam sendiri. Menjadikan dunia kita makin luas atau sempit? Kita sendiri tahu jawapannya apa. Nak tahu? Lihat pada diri sendiri. How kita uruskan 'dunia' itu.
Kadang hati rasa sedih. Rasa macam nak kembali pada zaman takda teknologi yang serba canggih ni. Waktu tu rasa nak beribadat banyak pun takde masalah. Tapi sekarang? Dah lain sangat. Sampaikan rasa dunia itu Tuhan kita. Bila tanya "Siapa Tuhan kamu?" Boleh kita jawab "Allah'' Tapi apakah segala amalan kamu tu membuktikan kata-kata kamu?
Kalau betul Allah itu Rabb kamu, mana pergi bacaan Quran kamu? Mana pergi solat khusyuk kamu? Mana pergi amalan-amalan sunat kamu? Mudah je cakap hilang. Mudah sangat ayat "Iman manusia kan senipis kulit bawang.". Mudah sangat ayat tu terbit di bibir mu wahai manusia. Aku sendiri tak dapat menidakkan ayat tu. Memang betul. Tapi kita boleh berusaha untuk tingkatkan Iman kita. Hadirkan perasaan Khaufillah dalam diri. Bila mana kamu takutkan Allah, kamu akan rasa bersalah nak buat dosa. Namun, kamu kena istiqamah. Syaitan ni licik. Dia tak akan penat , tak akan berhenti sesatkan cucu Adam. Maka, bertabahlah kamu :)
Bulan Ramadhan kita kena rebut. Cari peluang nak tingkatkan Iman kita. Jadikan al-Quran itu sebagai sahabat karib kita. Jika tak mampu nak menghafaz al-Quran. Maka, bacalah ia setiap hari. Paling kurang 1 ayat atau satu muka surat. Jangan tinggalkan al-Quran. Mana tahu nanti al-Quran boleh beri syafaat untuk kita di akhirat kelak.
Sekarangkan zaman canggih. Handphone pun semua canggih-canggih. Tapi ingat. kita ni hamba Allah. Kalau Allah tak tetapkan kamu untuk hidup atas muka bumi ini, kamu tak akan merasa , tak akan sempat nak pegang alat canggih itu. Maka, apa salah nya download app Quran. Bila-bila masa boleh baca. Dunia sekarang dah hujung sangat. Cukup-cukuplah khayal dengan dunia sangat. Fikir akhirat pulak.
Kalau kamu rasa kamu itu muda. Dan rasa kamu nak bertaubat bila dah tua nanti. Meh sini aku kabo satu fakta.
Jika dilihat statistik jumlah manusia yang hidup pada suatu masa di dunia, kita akan dapati jumlah orang tua sangat sedikit berbanding orang muda. Why? Sebab ramai manusia yang tak sempat jadi tua. Sewaktu muda lagi, ramai yang meninggal dunia.
Jadi, kalau kita rasa kita tunggu tua baru bertaubat, kau pegang ayat atas ni. Tepuk dada tanya diri. Tepuk dada tanya Iman. Tak ada istilah dah terlambat untuk bertaubat. Selagi belum kiamat, selagi tu pintu Taubat masih terbuka. Ayuh !
Teringin aku nak rasa sambut Ramadhan di tanah suci sana. Wallahi. Aku rindu suasana di sana. Berapa kali dah aku mimpi berada di sana. Nak ubat rindu, tengok lah TV AlHijrah. Untung ada tayangkan siaran langsung dari Masjidil Haram. Terubatlah jugak rindu.
Ya Allah. Jemputlah aku ke sana lagi. Aku rindu KaabahMu. Wallah. Aku rindu suasana di sana :'("
Ni Masjid Nabawi :')
Tahun ni aku dapat rasa sambut Ramadhan di dua tempat berbeza. Muar dan Kulim. Nak buat macam mana. Ada dua rumah. Abah kerja kat Kedah. So, cuti sekolah kami balik sana. Dan Wallah. Ramadhan di dua tempat ini berbeza amat.
Kat Kulim, bayangkan. Aku segan nak keluar rumah, Awat? Sebab, asal bukak pintu je nampak surau. Sebelah tu Maahad Tahfiz. Haa. Macam dalam gambar kat atas ni lah. Pernah satu hari ni abah ajak berbuka Buffet Ramadhan. So, aku nak keluar rumah, Terkejut aku, Budak-budak tahfiz biasa waktu petang depa duk luaq. Dan depa menghadap rumah aku. Perghh. Aku rasa macam, malu woii. Terus terkedu aku. Nak buat apa pun tak tahu :')
Tapi satu yang aku suka duk Kulim ni, aku suka dengaq depa jadi Imam. Suara nya Ma Shaa Allah tenang je bacaan. Baca panjang pun rasa pendek nya. :') Taraweeh, bayangkan biasa start nak pukul 9. Dan habisnya rasa-rasa pukul berapa? Haha. Paling lambat 11.20 malam. Paling awal 11.10 malam. Haha. Biasanya ada tazkirah lepas 8 rakaat. Tazkirah tu biasa 15-20 minit. Oh ye, Sini first time buat 20 rakaat taraweeh. Biasa 8 rakaat.
Pahamkan sajalah budak tahfiz jadi Imam lagu mana :') Bacaan start dari surah al-Baqarah. Haha. First 8 rakaat baca 1 muka atau 1/2 muka surat. Lepas 8 rakaat baca 1 atau 2 ayat je. Permintaan ustaz. Tapi serious tak rasa langsung penat berdiri. Bagus jugak balik 11.20 malam. Balik rumah terus tidur. Hahaha. Sebab tu malas nak bukak fon. Eh. Memang Ramadhan ni aku jarang pegang fon. Haha. Aku sangat suka suasana agama kat sini. Sangat meriah. Depa baik muda tua, memang semangat Islam. Itu yang aku rasa beruntung duduk sini di samping cari bakal suami. Eh :/
Tapi budak Maahad ni, sampai form 5 je. Lepas dari form 5 akan dihantar ke Negara Islam sana belajar kos Islam. Ada ke Maghribi. Mesir dan sebagainya. Perghhh. Jeles duhh. Wallah aku jeles.
Haaaaaa.
Kalau kat Muar pulak. Nak ke surau kena naik kereta. Nak suasana agama, kena hidupkan sendiri. Kalau tak, takde maknenya hang nak merasai suasana agama ni. Kat sini taraweeh paling lambat habis pukul 10.10 malam. Paling awal pukul 9.55 malam. Haha. Hebat tak :') Sini memang buat 20 taraweeh. Tapi takdak tazkirah.
Pahamkan sajalah. Kat Muar, pak cik-pak cik, ustaz dan abah aku jadi Imam. Maka, bacaan nya yang menjadi minat untuk dibaca waktu taraweeh adalam juz 'amma. Kalau dapat imam laju namateyy tu, haruklah hang :') Macam burung belatuk dah aku rasa. Haha.
So, konklusinya, aku lagi suka duk Kedah nun. Haha. Abah kata kalau orang selatan ni, tak ramai yang jahil agama dan tak ramai hebat ilmu agama. Tapi kat utara ni, ramai yang hebat ilmu agama dan ramai yang jahil ilmu agama. Haaa. Lagu mana tuh? Kat utara, kalau hebat ilmu agama, hebat sangat. Kalau jahil, jahil sungguh :') Haha.
Makanya, sampai sini sahaja coretan saya. Aasifni Jiddan atas segala kekurangan. Segala yang baik datang dari Allah. Yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.
Semoga kita dapat bertemu malam Lailah al-Qadr. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan qabla hatza. Semoga boleh bertemu dengan Ramadhan akan datang. Allahu Ta'ala A'lam :D
Salam 'Alayk :)
Comments
Post a Comment