Cinta Atas Jalan Yang Halal

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum w.b.t.

''Hidup untuk menyebarkan cinta. Cinta kepada Allah yang pertamanya''
-Hilal Asyraf-

Satu perkara berkenaan Cinta atas jalan yang halal adalah ia menggembirakan, menghidupkan dan membersihkan.

Namun ramai yang suka langkau pada perjalanan bagi mendapatkan cinta sebegitu. Ramai sekadar ingin terus mendapatkannya.

Sedangkan cinta sedemikian datang berasaskan cinta kepada Allah S.W.T., bermula daripada tarbiah, pengorbanan, disiplin dan kematangan.

Kebahagiaan sebenar hanya untuk orang yang berusaha, bukan untuk yang hanya pandai berangan-angan.

Peribadi diri adalah asas kepada kebahagiaan dalam percintaan dan rumahtangga.

Ramai orang sibuk dengan persoalan :
''Jodoh aku siapa ?''
berbanding bertanya kepada dirinya akan soalan:
''Aku sekarang bagaimana?''

Perkahwinan itu hanya gerbang, rumahtangga itu isi rumahnya. Maka janganlah sibuk menghias gerbang yang mahal, sedangkan isi rumah dibiarkan gersang sahaja.

Berdiri dengan Ilahi. Bukan engkau tidak akan jatuh, tetapi adalah engkau akan berdiri lagi.

Orang yang kata dia cinta kepada lelaki ataupun perempuan, tanpa serius membicarakan perihal rumahtangga, sebenarnya dia berbohong dalam cintanya.

Cinta itu apabila halal. ia menjadi ibadah. Apabila haram, ia menjemput padah .

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Tidak Menjaga Ikhtilat

Ramadhan al-Mubarak :')

Impianku yang Satu :)