Di Manakah Solat-Solat Kita ?

Bismillahirrahmanirrahim .

''Ramai orang mengadu mereka solat , baca al-Quran , tetapi masih lagi terasa bahagia . Jawapan saya mudah kerana di tempat selain solat dan bacaan al-Quran , kita masih ingkar kepadanya .''
-Hilal Asyraf-

Katalah umur kita sudah 20 tahun, dan kita mula solat semenjak umur kita 10 tahun, maka kita sudah solat selama 10 tahun . Dalam 10 tahun ini, sedar tidak sedar, kita sudah solat sekurang-kurangnya dengan formula 10 x 365 x 5 . Sekurang-kurangnya, tidak termasuk solat-solat sunat, terawih dan sebagainya.

Berapa jumlahnya 10 tahun solat kita ? 18,250 kali kita sudah mendirikan solat. Satu soalan saya suka tanya adalah, di manakah 18,250 kali solat itu dalam diri kita yang hari ini ?

Ya. Antara sebab mengapa kita lemah adalah apabila ibadah yang kita lakukan tidak mampu membuatkan kita menjadi Muslim yang produktif. Kita Islam, tetapi kita sedakar hidup menanti mati, tanpa memberikan apa-apa sumbangan yang penting kepada perkembangan dan kekuatan Islam.

Ya. Kita patut tanya diri kita semula, di manakah 18,250 kali solat kita itu dalam diri kita pada hari ini. Dan jikalau 10 tahun. Bayangkan jikalau umur kita sekarang adalah 25, 30, 38, 45, dan lebih tua?

Di manakah solat-solat itu dalam diri kita pada hari itu ? Ataupun sekadar amal yang dilaksanakan, tetapi tidak membawa kesan kepada kehidupan?

Kita takut kepada perkara lain , kita lari
Kita takut kepada Allah S.W.T.,kita mendekat.
Takut kepada Allah S.W.T. adalah takut yang TerIstimewa.

Berapa ramai orang yang sanggup bangun tengah malam , kerana bola dan rancangan yang disukainya.
Dan berapa ramai orang yang sanggup bangun tengah malam untuk berkomunikasi dengan Tuhannya.

Keyakinan terhadap Allah S.W.T. itu jangan dibiarkan terpadam, walaupun menggunung dosa kita. Kerana itulah harapan yang masih ada, untuk kita ke Syurga-Nya.

Masha-Allah . Subhanallah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Tidak Menjaga Ikhtilat

Ramadhan al-Mubarak :')

Impianku yang Satu :)