Moga ALLAH S.W.T. Mengampunkan Saya
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.
''Manusia yang apabila dia hendak melakukan dosa, berfikir, 'Allah Maha Pengampun'. Adalah manusia yang mengkhianati keluasan keampunan Allah S.W.T.. Allah itu Maha Pengampun, bukan untuk kita lebih banyak melakukan dosa. Tetapi, untuk kita rasa Malu dalam melakukannya. Untuk kita rasa punya harapan apabila terjatuh ke dalamnya. Bukan untuk menjadi lesen supaya kita melakukan dosa''
-Hilal Asyraf-
Kadangkala apabila melihat dosa-dosa saya, saya berdoa :
''Ya Allah, jikalau diri ini ada manfaatnya pada manusia lain, maka ampunilah dia.''
Kadang kita berdakwah bukan kerana kita lebih bersih daripada orang lain, tetapi kerana kita sedar kita ada kotoran . Maka kita melihat, dakwah adalah jalan untuk sentiasa muhasabah dan menghampirkan diri kita kepada Allah Taala.
Untuk diri saya, menulis perkara-perkara yang baik, mengingatkan orang kepada kebaikan, itulah yang kadang buat saya semangat bagi mempertingkatkan keadaan diri sendiri. Walaupun kadang saya akui, apa yang saya tulis ini belum tentu saya mampu usahakan dan laksanakan. Namun, apabila memberikannya sebagai pesan kepada orang ramai, sebenarnya ia memukul jiwa saya sendiri. Buat saya muhasabah. Buat saya mahu usahakannya.
Orang yang positif ,adalah saat dia diuji, dia mampu jadikan ujian itu sesuatu yang baik baginya.
Sebelum tidur, takutlah tidak akan bangkit semula keesokan harinya. Maka kita bertaubat sebelum kita tidur, moga jikalau kita pergi, pergi dalam keampunanNya. Apabila dibangunkan semula pada keesokan paginya, bangunlah dalam keadaan rasa bertuah dan dihargai. Kerana jelas Ilahi masih memberikan kita peluang lagi , dan jalanilah hari baru itu dengan cara yang baik sekali !
Bagi yang membaca coretan ini, doakanlah saya.
Moga Allah ampunkan saya dan kita semua .
Amin Ya Rabb :')
Comments
Post a Comment