Impianku yang Satu :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum w.b.t.,
Alhamdulillah bersyukur lagi dan lagi kerana kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara segar di dunia ini.

Pada cuti sekolah yang lalu, di Kulim, telah berlangsung Kem Pra Tahfiz di Surau Al-Munawwarah. Dan ana bersama tiga orang adik ana terlibat sebagai peserta Kem tersebut.

Yea, menjadi seorang Hafizah al-Quran adalah salah satu impian terbesar ana. Semoga Allah membantu mempermudahkan segala urusan ana dalam menghafaz ayat suci al-Quran.

Masuk Kem itu, bagi yang memang first time nak menghafal, maka mereka akan start daripada juz 'amma. Hafal lah.

Berikut adalah tentatif program :

8.30 pagi : Sesi bacaan Al-Quran dan Hafazan Quran serta Solat Sunat Dhuha.
11.00 pagi : Rehat, Makan Tengahari.
11.30 pagi : Kelas samada kelas Bahasa Arab atau Kelas Tajwid.
12.40 tengahari : Rehat, Ready for Solah, Aktiviti sendiri
3.00 petang : Kelas Hafazan.
4.40 petang : Solah Asar

Naa, begitulah tentatifnya setiap hari Ahad sehingga Khamis. Di Surau itupun akan buka Maahad Tahfiz. Syok tu. Nak masuk, tapi, takdak rezeki. Mungkin rezeki ana hanya hafal di Baiti sahaja.

Ana masuk kem ni lambat sikit. Masuk surau terus nampak 3 orang hamba Allah berpurdah. Aduh, rasa MALU menebal pada diri ana. Bila ana pi kat satu orang ni, ehh , la ,salah orang lah. Ustazahnya di sebelahnya. Maka, bercakap dengan Ustazah tu. Tiba-tiba, orang yang ana sangka ustazah tu tanya "Madihah kan?" Aikk, pelik sungguh. Ana tengok mata depa. Yelah dah muka tak dapat tengok. Cuba perhatikan siapa orang ni. Macam kenal. Tiba-tiba dia habaq, "Ni Anith" Huishhh. Anith! Dah lama tak jumpa dia. Tak sangka dalam jarak masa yang amat panjang iaitu 2 tahun setengah dia dah banyak berubah. Dia dah berpurdah. Waduhh, rasa Jeles timbul dalam hati ana.

Yelah. Berpurdah pun salah satu impian ana. Tapi mak ana tak kasik nak buat cana. Sabar je lahh. Tak sangka juga depa ingat kat ana lagi. Hukhuk. Terharu sat. Tapi, ingat kan dia dah jadi pendiam, huishhh sama jah seperti dulu. Hahaha. Syok sangat kawan ngan depa. Rasa Rindu pulak tiba-tiba.

Kat Kem ini memang banyak sangat kenangan yang ana tak bisa lupakan. Macam2 peristiwa berlaku. Hakhakkk. Nak habaq? Tak usah lah. Buat malu jah. Bergeng dengan Anith dan Fatin memang tak tau nak cakap cane. Haha. Walaupun semua tak sebaya. Anith muda setahun dari ana. Fatin muda dua tahun dari ana. Tapi takpalah. Berkawan tidak semestinya kena sama usia. Nak cari pengalaman kan? Huhu.

So, bila nak balik ni rasa sedih pulak. Lagi-lagi si Anith tak habis-habis pujuk masuk Maahad Tahfiz tu untuk baki 2 bulan cuti. Huhu. Kalau ada dan kalau boleh, dah lama ana pi daftar tau. Yelah, kelas Akhirat. Siapa yang tak mahu kan? Jadi, duduk rumah memang berMujahadah sungguh. Yelah. Kat Rumah lagi banyak benda Lagha akan dibuat. Tengok tv, main enset. Aishhhh, semoga Allah bagi kekuatan kepada ana untuk menghadapi godaan Syaitan ini. Hukhukk.

Tapi, kalau duk rumah nak asyik menghaf pun payah jugak. Pasai pa? Pasai kat rumah kena jadi housemaid. Haha. Kejam tak ayat. Takpalah. Pahala berganda. Bila nak habis hafal ni?? Geram. Bantulah hamba ya Allah. Kuatkanlah ingatan hamba ya Allah. Permudahkanlah segala urusan hamba dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. :)

Amin. Wailalliqa' wa Ma'assalamah  :)

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Tidak Menjaga Ikhtilat

Ramadhan al-Mubarak :')