Kekuatan itu Perlu :)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Kita masih diizinkan oleh Allah S.W.T. untuk menghirup udara segar di atas muka bumi ini. Alhamdulillah again.

Okey. Kenapa kekuatan itu perlu? Kekuatan bagaimana itu? Memang ana ini perempuan. Siapa habaq orang perempuan memang lembik. Nope! Siapa kata orang lelaki memang 100% kuat? Nak tau ke siapa yang kuat actually? 

Orang yang kuat sebenarnya adalah orang yang menangis sewaktu berhadapan dan beribadat kepada The Almighty. Itu orang yang sebenarnya yang kuat. Yang mampu bangun tahajud. Yang mampu bermujahadah melawan nafsunya. So, adakah kita termasuk dalam golongan ini? Kalau ya, tahniah. Anda memang seorang yang kuat. Dan orang yang kuat pasti dalam hati dan jiwanya penuh dengan semangat al-Jihad fi Sabilillah.

Ada satu orang sahabat bertanya macam mana hendak melupakan 'CRUSH'? How? Kita selagi belum tiba waktu no need lah nak ingat pada yang bukan mahram kita. RUGI. Seriesly talk. Daripada ingat pada orang tak sepatutnya better kita ingat Allah dan Rasulullah. Lagi indah.  

Air mata yang gugur kerana takut dan cinta kepada Allah akan dapat memadamkan api neraka dari singgah di badan kita. So, kalau tiba-tiba rasa nak menangis sebab rindu crush, cuba ingat Allah. Kalau kita menghabiskan masa dengan ingat Allah,  kita memang takkan ada masa untuk ingat yang lain.

Kalau taknak percaya cer try buat. In Shaa Allah berjaya. Tak susah. Just try untuk beristiqamah. Memang betul orang kata Mujahadah itu Pahit sebab Syurga Allah sangat Manis dan Indah. Biarlah kita bersusah payah di dunia menjaga Cinta Allah agar di Akhirat kita akan bersenang lenang. Antara cinta Allah dan Cinta manusia,  mana satu menjadi pilihan kita? Tepuk dada tanya iman anda. Kalau kita pilih cinta Allah,  Masha Allah. Allah sedang menunggu kita di Syurga. Tetapi, kalau kita pilih cinta Manusia,  Allahu Rabbana. Hati kita mungkin sudah dicemari dengan titik-titik hitam. So, kikislah titik hitam itu dengan amal ibadat kita. Masih belum terlambat untuk kita bercinta dengan Allah. 

Jangan risau, ini bukannya rekaan semata-mata. Ini pum berdasarkan pengalaman sendiri. Kita boleh kata Cinta dan Rindu itu Fitrah. Memang. Tapi mohon jangan disalah ertikan. Kadang-kadang tanpa disedari kita sudah melakukan zina hati. Ramai orang meninggalkan dunia tanpa berbuat zina. Tapi sewaktu dihisab, ada banyak zina yang kita sudah lakukan. Zina hati paling banyak.

Zina hati itu mengingati orang yang tak sepatutnya diingati. Sepatutnya kita rasa malu dan rasa tak layak untuk menyukai seseorang. Kerana nikmat kurniaan Allah dah banyak yang kita ambil. Jadi muhasabah diri. Antara nikmat kurniaan Allah dan amal ibadat kita,  yang mana lebih banyak? Sesungguhnya, nikmat kurniaan Allah itu terlampau banyak sehinggakan apabila kita banyak beribadat kepada Allah tetap tidak dapat menandingi nikmat tersebut. Maka,  dengan Rahmat Allah lah kita dapat masuk ke Syurga Allah.

Ingat. Seharusnya kita malu untuk berbuat dosa di atas muka bumi ini. Jangan buang masa. Ada lagi masa untuk kita kembali pada Allah S.W.T. 


Comments

Popular posts from this blog

Kesan Tidak Menjaga Ikhtilat

Ramadhan al-Mubarak :')

اللهم صل على سيدنا محمد ، وعلى سيدنا ومولانا محمد.