Iman adalah Mutiara

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Wa syukru lillah 'ala Rasulillah wa 'ala sayyidina wa maulana Muhammadin wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in.

Alhamdulillah. Bersyukur kita lagi dan lagi kerana masih dilimpahkan dua nikmat terbesar. Iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Bukan semua orang dapat dua nikmat terbesar ini. Kalau dapat pun tak semua orang menghargainya sebetul-betul.

Kita mendapati umat Islam di atas muka bumi ini memang Masha-Allahu Rabbi, ramai sangat. Alhamdulillah. Tetapi, the Muslims in this world teramat dan tersangatlah sedikit. Nak jumpa orang yang betul2 Islam ya Allah susah yang teramat. Kalau kita perhatikan di sekeliling kita, kita akan dapat lihat umat Islam zaman sekarang bagaimana? Kaum Muslimin ada yang memakai short pants, pakai subang, pakai pakaian yang menyerupai lelaki. Kaum Muslimah, ada yang berpakaian tapi hok telanjang, sama ja macam tak pakai baju, ada yang menyerupai lelaki, masih ada lagi yang free hair , masih ada lagi yang tidak menjaga batas. Allahu Akbar.

Iman ini bukan senang hendak dijaga. Iman ini pun kena dibelai baik-baik supaya di akhirat nanti Iman ini lah yang akan membantu kita. Kalau tak dijaga dengan penuh baik Iman kita, susah sangat. Kadang-kadang Syaitan ar-Rajim suka mengacau bilaukan hati manusia. Bila manusia berniat nak melakukan kebaikan, pasti akan ada hasutan untuk tidak melakukan kebaikan malah digantikan dengan kejahatan. Kalau Iman kita cukup kuat, in Shaa Allah dapat melawan kehendak nafsu itu. Tapi, kalau Iman kita tak cukup kuat, silap-silap kota sendiri boleh tumbang. Sampaikan kita sendiri akan merasa, syoknya buat jahat. Dah tak ada sinar di hati dan Iman kita. Iman kita bagaimana? Sihat sokmo ka? Dah cukup kuat kah? Iman manusia zaman sekarang senipis kulit bawang. Andai ditiupkan angin maka hilanglah nipisan bawang tadi. Iman kita juga belum cukup sekuat Iman para Sahabiah Rasulullah S.A.W..

Maka, apakah yang perlu kita lakukan? Andai di hati masih ada sinar penyesalan, bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita, Allah hendak kita masuk Syurga. Itu juga bermakna hati kita masih hidup. Maka, masih belum terlambat untuk kita memohon Taubat daripada Allahu Rabbana. Tidak perlu adakah Allah akan menerima Taubat kita. Kerana, seseungguhnya Allah Ta'ala adalah sebaik-baik penerima Taubat. Walau banyak mana dosa kita lakukan atas muka bumi ini, taubat Allah masih terbuka luas selagi belum datangnya kiamat. Tetapi, sekali sudah datang kiamat, Masha-Allah. Pintu Taubat Allah sudah tertutup. Na'utzubillahi min tzalik.

Maka, ayuh sahabat-sahabat seperjuanganku sekalian, bersama-samalah kita mengejar Syurga Ilahi. Allahu Rabbana. Mu tunggu aku di pintu Syurga naa. In Shaa Allahu Rabbi :)

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Tidak Menjaga Ikhtilat

Ramadhan al-Mubarak :')

اللهم صل على سيدنا محمد ، وعلى سيدنا ومولانا محمد.