Kesan Tidak Menjaga Ikhtilat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah kita bertemu kembali. Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati dua nikmat terbesar iaitu Nikmat Iman dan Nikmat Islam. 

Tajuk di atas berkenaan ikhtilat. Hrmm. Oke Chills. Jangan buat muka terkejut. Jangan keluar dulu. Lek lu. Tapi takpe. Aku bagi masa 10 saat untuk korang sama ada hampa nak get out from here or not. Haha.

10

......

9

......

8

......

7

......

6

......

5

......

4

......

3

......

2

......

1

......


Yesss. Alhamdulillah korang dah buat pilihan yang Bijak. Tapi aku ni bukan orang yang menarik. Ehh. Lain macam je. Penulisan aku ni bukannya menarik pon. Mungkin memBORINGkan. So, aku tak kisah pun kalau saat ini juga korang nak Get Lose. Ehh. Typo lagi. Get Out. Haha. Typo itu comel. Hiyargghhhh.

Oke Oke. Straight to the point lah eah? Before that, korang tahu ke tak pasal IKHTILAT? Tahu? Bagus. Thums Up. What? Tak Tahu? Takpe. Dengan berbesar hati nya aku akan terangkan kat engkorang sikit jah pasal IKHTILAT ni. 

IKHTILAT ni adalah pergaulan antara Ikhwah dan Akhowat yang bukan mahram. Atau bahasa bandarnya adalah Lelaki dan Perempuan. Haha. Paham? Bagus.

Dalam ISLAM telah digariskan bahawa IKHTILAT ini adalah HARAM. Uppsss. Kasaq sangat ka? Jatuh Haram kalau tak ikut prosedurnya. Haha. Apa? Ada soalan? Tafadhol.

"Yeke Ikhtilat itu Haram? Habis tu takkan tak boleh nak bercakap langsung dengan Jantan? Eh maksud saya Lelaki? Then, nanti kahwin ngan lelaki juga. Takkan kau tak nak cakap dengan lelaki langsung? Kalau tak boleh bergaul dengan lelaki, acane sehh nak kahwin? Stres lah aku canih. Tunang aku pon tak suruh aku jaga Ikhtilat. Kampong sehh kau ni!"

"Oke, Dah habis bebel?"

Muka dengan penuh bengkek. Dalam hati like 'Penat aku tanya dia boleh buat muka toya cakap dah habis bebel..... Thampa karang'

Tapi dengan senyuman manis yang ditambah lagi gula kasar gula halus dan segala jenis 'sweet'an jawab "Oke, Dah."

"1. Betul Ikhtilat itu Haram. Sebab ianya boleh menimbulkan kes ZINA. What? Zina? Ehh. Lekksss. Tak habis bebel lagi. Kau tau tak Zina tu bukan zina tubuh je. Uppsss. Ter18+++. Zina ni banyak la weyhh, Kau sebut kau nak zina apa. Zina Mata, Zina Tangan, Zina Mulut, Zina Hati. Banyak. Tak tertaip aku. 

Tapi enn, kau nak tau tak? Ramai orang kat dunia ni bile depa meninggal depa masuk neraka. Padahal kat dunya depa buat amal ibadah tanpa henti. Nak tau tak sebab apa? Sebab mereka telah melakukan Zina. Zina Mata Zina Hati.

Macam mana Zina Hati tu weyh? Bila kau duk rindu bukan mahram kau. Haishh. Tak paham aku kenapa nak menggatai sangat nak rindu kat orang yang kau belum sure 100% yang depa tu Jodoh engkorang? Apa? Kubur lain-lain? Weyh. Aku takut kalau kubur aku sebelah kau aku tak tahan dengar engkorang jerit dalam kubur sebab kena seksa. So, at least bersyukur aku dah bagi WARNING awal kat kau. Apa? Sama-sama (senyum)


Ingat ! La Taqrabuz Zina.

2. Bukan tak boleh langsung. Tapi biar berbatas lah weyhh. Jangan dekat-dekat. Jangan pegang-pegang. Sebaiknya bila ada urusan yang menyebabkan kau nak tak nak Wajib berurusan dengan lelaki. Pastikan kau tak sembang kencang. Alaaa. Aku tahu kau bukan budak kecik untuk aku terangkan pasal ni kat kau. Kau dah besar. lagipun bohong lah kalau kat sekolah kau tak pernah belajar pasal ni. Haha.

3. Memang lah nanti aku kahwin dengan lelaki juga. Apa kau fikir aku ni lesbian apa nak kahwin sama jantina. Huishh. Nanti Free je aku dapat hadiah Laknat dari Allah. Kau ni. Sudah terang lagi bersuluh aku dah terangkan pasal ikhtilat ni between yang bukan Mahram. Hampa tidoq ka?

4. Deyhh, Yang hang duk kalut pasai siapa jodoh hang buatpa? Allah memang dah tetapkan Jodoh kita dengan siapa. JODOH AJAL di tangan Allah derr. Tak payah sibuk-sibuk nak pikir. Tapikan, aku nak Suami yang Jaga Ikhtilat Tak Pandang Perempuan Lain Selain Isterinya. Sebab tu aku pun nak jaga Ikhtilat. Bayangkan kau ni memang jenis ketegaq tak mao jaga Ikhtilat juga walau dah diheret. Tapi nanti kau dah kahwin dapat suami yang Tak Jaga Ikhtilat Mata Meliar Tengok Aweks Cam Aku. Apa perasaan kau? Happy ka? Happy? Baguih na hang ni. Isteri Mithali. Haha. Kau jangan. nanti teriak hang kalau dapat suami lagu tu. Haha.

Kau tau tak BERCINTA SELEPAS NIKAH ni weyhh lagi Indah dari BERCINTA SEBELUM NIKAH. Ehh, kau jangan pikir lain. Aku belum kahwin lagi. Ni pun berdasarkan pengalaman kawan-kawan, kakak-kakak dan yang seangkatan dengannya. Kau tak percaya jom try buat. Gerenti lah kau tak nyesal. Hahaha


Tunang kau tu lah satu-satu calon suami kau yang akan pandang pompuan lain lepas dia kawen ngan kau. Ayokkkk. Tak tayokkk. Hahah. Dah paham bruh?"



"Deyhh. Aku sentap seyhh. Kau ni"

"Haha. Nak dengar satu kisah betul tak yang berlaku pada diri aku?"

"Haaaa.. Padia? Cer habaq mai naa. Nak dengaq"

"Haha. Al-Kisahnya begini. Pinjam telinga ye. Eh salah pinjam mata ya.

Aku dah buang semua contact lelaki dalam fon aku. Then aku ni dalam proses menghafaz Quran. Bila kau nak hafaz Quran mesti ada adab-adab dia. Hafaz Quran ni syok sangat. Tapi bahaya kalau terlupa. So, mesti Istiqamah. Tapi biasanya aku nak hafaz Quran aku suka ambik waktu antara Maghrib dengan Isyak. Baru lancar. Haha.

Pahtu, aku kan ada wechat. Kat wechat tu orang luar kan boleh sent friend request enn? Tak memasal aku dapat satu friend request dari ajnabis. Then dia sent 'Hai'. Ini namanya hai yang berbisa. Aku pikir 2 3 kali nak reply ke dok. last-last aku buat dunno sajalah. Tiba-tiba mamat nih dok sent balik. 


Haha. Promote sat. 

And, aku pun terpedaya dengan Hasutan Syaitan ni untuk aku say 'Hai back'. Dan aku rasa waktu tu aku bodoh yang amat. Uppss. Tercarut. Aasif bukk. 

Malam tu like usual aku nak sambung hafazan. Biasanya aku nak hafaz senang sangat. Tapi that day aku tak tahu why aku rasa cam susah yang amat nak hafaz Quran tu. Sampaikan aku nak ulang balik bacaan hafazan aku, hampir 2 muka surat al-Quran tu aku dah hilang ingatan. And I was like Arrrgghhhhh. Whats wrong with me huh? Then aku muhasabah lah sat. Awat aku susah bebenaq nak hapai ni kan. Tiba-tiba aku teringat lah pasal wechat tu. 

Mamat tu sent balik 'Hai' kat aku. Then dengan penuh amarahnya aku buang friend request dia. So, malam tu aku nak hapai balik, Masha-Allah. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan aku. Rasa senang tenang dan seangkatan dengannya. Ini aku tak tipu. Ini memang kisah benar hidup aku. Aku tak buat-buat ceghita."

"Series kau? Sampai camtu sekali?"

"Haha. Aku dah dapat azab kat dunia dah sebab tak jaga Ikhtilat. Better dapat kat dunia daripada kat Akhirat. Tapi senanya tak best kalau dpat balasan buruk ni. Series wa tak tipu. Haha."

"Weyhh. Jazakillahu Khairan Kathiraa sebab kau dah bantu aku bukak mata aku pasal ikhtilat ni weyh. Series selama ni aku just amik ringan pasal ikhtilat. Aku pikir allaaaaa. Ikhtilat je kot. Tak payha nak dok kalut sangat. Hahah, Tapi aku rasa banyak gilos dosa aku."

"Lek arr. Tak payah nak sentimental sangat weyhh. Aku habaq ja apa yang aku tau. Kita sama-sama nak enter to Jannah. So, saling nasihat-menasihati lah ye."

Ambik tisu lap ayaq mata. Ehh, sape pulak taruk bawang tepi aku ni? 

Haaa. Dah puas? Aasif atas segala salah silap dalam penulisan.

Comments

  1. Replies
    1. Sama sama. Semoga bermanfaat walaupun sedikit.

      Delete
  2. wahh!!! terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni semoga sis dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ramadhan al-Mubarak :')

اللهم صل على سيدنا محمد ، وعلى سيدنا ومولانا محمد.