Bersyukurkah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum w,b,t


Alhamdulillah. Allah masih beri kita peluang untuk hirup oksigen lagi. Alhamdulillah juga kerana Rahmat Allah masih tak putus-putus jua buat kita.




Haa, kami tau kami dah berabad nak update post ennn? Hahaa. Semua dok pakat tanya bila kami nak hapdate post. >< Haha. Before ni nak hapdate tapi tak tahu nak hapdate pasai pa.

Okayy.



Kita sama-sama manusia. Berasal dari Pencipta Yang Satu. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Memiliki Hari Pembalasan. Tahukah kita, Siapakah Pencipta kita itu?

Allah Ta'ala adalah Pencipta kita.

Allah Ta'ala telah mencipta 7 perkara.Apakah 7 perkara itu?

  1. Cahaya -----> Diciptakan 'Arasy
  2. Udara -----> Diciptakan Jin (dibinasakan Allah sebab kemungkaran)
  3. Air -----> Diciptakan bin (dibinasakan Allah sebab kemungkaran)
  4. Api -----> Diciptakan Jin / Syaitan
  5. Tanah :

  • Tanah Wangi ---> Diciptakan Bunga dan Buah
  • Tanah Busuk / Kotor --->Diciptakan Manusia

Nahh. Kita diciptakan dari tanah yang busuk yang kotor, tapi Allah ciptakan kita sebagai makhluk yang paling Cantik, paling Hebat dan Sempurna. Kita diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. Apakah dengan perkara ini juga tidak cukup untuk dijadikan alasan why kita masih perlu untuk ikut perintah Allah? Tepuk Dada Tanyalah Iman anda.

Malaikat tak pernah ingkari Allah, Tapi kita yang terkenal dengan sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah, masih lagi berusaha untuk ingkar perintah Allah.

Okay. Contoh , kita bekerja dengan kilang penghasilan sesuatu produk. Contoh kita nak hasilkan plastik. Kita mesti akan ambil dari bahan yang terbaik untuk kita hasilkan plastik tu betui dak? Naa. Sama dengan manusia. Kita diciptakan sebagai makhluk terbaik. Apakah masih tak cukup bersyukur kita?

Ditambah lagi dengan nikmat dan rahmat tanpa putus yang Allah kasik buat kita. Kita selalu ingkari Allah, tapi Allah tak pernah putus bagi Hidayah, Rahmat dan Nikmat untuk kita. Allah ada 100 Rahmat. Tapi yang Allah turunkan Rahmat atas muka bumi ini hanya 1 sahaja. SATU SAHAJA. Dan satu-satunya rahmat inilah yang kita semua kongsikan bersama. Nikmat melihat, mendengar, makan, dan sebagainya. Kelak kalau kita nak listkan satu persatu segala nikmat yang Allah pernah bagi kat kita, satu isi dunia juga tak mampu untuk kita isikan. Kerana apa? Hal ini kerana Nikmat yang Allah kasik kat kita terlalu banyak, Infinity. 

Tak susah untuk kita Taat pada perintah Allah. Solat itu adalah perkara pertama yang akan diazab dalam kubur nanti. Maka, sayang-sayang sekalian Lillahi Ta'ala, jagalah solat kita. Jangan dilewat-lewatkan solat. Tak rugi pun kalau kita solat awal waktu. Kita selalu mensegerakan perkara dunia, tapi kita sering melewat-lewatkan perkara akhirat. Apakah itu Adil buat Allah yang tak pernah putus kasi nikmat dan rahmat buat kita?

Sesungguhnya Allah telah menjanjikan 5 Perkara bilamana kita menjaga 5 Waktu Solat :

1. Allah akan menambahkan REZEKI buat kita.
2. Allah akan angkat AZAB KUBUR buat kita ataupun tak kena seksa
3. Kita akan terima buku catatan daripada tangan KANAN
4.Kita akan daapt meniti TITIAN AS-SIRAT sepantas kilat.
5. Kita akan masuk SYURGA tanda dihisab.

Masha-Allah. 

Dikatakan juga manusia yang dapat masuk Syurga tanpa dihisab ni hanya 70 000 manusia sahaja. Allahu. Apakah kita yakin kita boleh termasuk dalam golongan yang sebegini? Yakin kah kita? Sedangkan golongan manusia ini termasuk daripada golongan terdahulu, golongan salafus soleh. Allahu Akbar. Sahabat, kita baru terkena ujian atas dunia. Ujian atas dunia ini pun kita tak mampu nak hadapi, apakah kita yakin kita boleh hadapi ujian atau azab di akhirat kelak?

Kehidupan di akhirat itu sangat dahsyat. Dimana semua orang dikumpulkan. Semua orang sibuk nak hitung berapa banyak amalan kita untuk dipersembahkan pada Maha Agung kita. 

Sampai kan bila tiba waktu itu, Allah marah " Dimana semua raja-raja yang mengatakan dia paling berkuasa? Dimana Firaun yang mengaku dia yang paling berkuasa?"  Sehinggakan ada satu orang ini berjumpa dengan Rasulullah untuk supaya Baginda redakan marah Allah itu. Lalu Nabi S.A.W membentangkan buku amalan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq di hadapan Allah dan waktu itulah marah Allah telah pun reda.

1 perkara penting dalam hidup kita adalah Jihad fi Sabilillah. Sebenarnya kita ini hanya Islam atas nama IC. Kita tak faham Islam dengan sebenar-benarnya. Buktinya, berapa ramai yang waktu solat dia boleh faham makna Fatihah? Berapa ramai yang dapat menghayati solat nya itu tanpa jemu meski dibuat beberapa kali sehari? Tak ramai . TAK RAMAI.

Manusia yang tidak menangis dalam Solat ni dia itu SOMBONG. Tapi manusia yang dapat menangis dalam solat itu adalah manusia yang KUAT. Malulah kita bila perkara duniawi kita boleh menangis tapi perkara akhirat kita tak mampu menitiskan air mata. Contohnya, kita dapat result exam teruk, kita menangis bagai nak rak. Bila kita dimarahi orang tersayang, kita merajuk kita menangis sokmo. Tapi bila kita solat bila kita baca al-Quran, kita buat sambil lewa. Pernah kah kita menangis sepertimana kita menangis kecewa dengan dunia?

Setitik ayaq mata *ehh. terkeluaq loghat utagha* yang menangis kerana TAKUTKAN ALLAH TA'ALA akan menghalang badan kita dari terkena api neraka. Betapa kuatnya kuasa Allah. Bayangkan lah api neraka yang terkena pada badan kita. Na'utzubillahi min tzalik. Alang api biasa kita tak mampu nak hadap apatah lagi api neraka. Allahu Akbar.

Sahabat. Kata Cintakan Allah. Kata Cintakan Rasulullah S.A.W.. Tapi apa bukti nya sayang sekalian? Bibir kita hanya mampu melafaz kata cinta itu sahaja. Tapi tak pernah untuk kita menghayati setiap bait Cinta yang kita lafazkan itu.

Rasulullah S.A.W. ada meninggalkan PUSAKA buat kita. Dengan PUSAKA ini, kita tidak akan SESAT buat selama-lamanya. Apakah itu PUSAKA yang dimaksudkan? PUSAKA yang dimaksudkan itu adalah AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

Kita sekarang hidup di akhir zaman di mana pada zaman ini akan muncul ramai orang yang mahu merosakkan agama Islam. Yang mahu merusakkan PUSAKA tersebut.And why kita harus berdiam diri dengan melihat perkara sedemikian berlaku? Apa responsibility kita? 

Dalam al-Quran, Allah dah banyak kali jelaskan tujuan kita dihidupkan atas muka bumi ini adalah sebagai KHALIFAH dunia. Khalifah yang sentiasa melakukan Amar Makruf wa Nahi 'Ala Munkar. Siapa kata kita perlu jadi soleh wa solehah untuk kita buat baik? Kalau macam itu gayanya, alamatnya memang perkara kebaikan sukar untuk berlaku kerana susah nak ada orang soleh wa solehah atas muka bumi ini. Kita diajar untuk perbaiki diri kita dan disamping itu kita ajak orang lain berubah Lillahi Ta'ala.

Aslih Nafsak Wad'u Ghairak

Jadi sahabat-sahabat sekalian, kita masih ada waktu untuk berubah dari yang kurang baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang leih baik, daripada lebih baik kepada lebih ohsemm.

Setiap orang dari kita memang tak pernah miss dari buat salah. Alang dari kalangan salafus soleh juga ada buat silap alangkan kita. Nak tau satu cerita dak? Huhuhu. Bayaq naa. Ceq dok penat menaip nih. Haha.

Okey. Let the story begin. Cewahhh 

Ada seorang Habib yang sangat terkenal. Beliau terkenal sebagai seorang Habib yang sangat suka beribadat. Yang sangat menjaga Ikhtilat. Di dalam sebuah perkampungan yang di mana habib itu menetap, ada 3 orang beradik lelaki dan mereka ada 1 orang adik perempuan untuk dijaga. Mereka ingin pergi menyertai sebuah peperangan. Tapi mereka dok terfikir siapakah yang boleh dipercayai untuk menjaga adik mereka.

Lalu, terlintas dalam fikiran mereka bahawa Habib itu dapat membantu untuk menjaga adik mereka. Lalu mereka pun bertemu dengan Syeikh Habib itu dan mereka merayu supaya Habib itu terima pelawaan mereka supaya dijagakan adik mereka sepanjang mereka berperang. 

Namun, Habib yang sangat menjaga Ikhtilat itu menolak pelawaan mereka. Mereka 3 beradik sungguh kecewa dengan penolakan Habib dan semakin risau siapa yang mampu untuk menjagakan adik perempuan mereka.

Ketika Habib itu sedang beristirehat di rumahnya, datang seorang syeikh jelmaan Syaitan. Dia menghasut Habib itu agar menerima pelawaan 3 beradik supaya dijagakan adik perempuan mereka. Dihasut Habib itu dengan membuatkan Habib itu fikir hanya menjaga adik perempuan tidak menyebabkan dia tidak menjaga Ikhtilat. Lalu Habib itu termakan pujukan Syeikh jelmaan itu.

Habib itu bertemu dengan abang sulung daripada 3 beradik itu dan menyatakan persetujuannya untuk menjaga adik perempuan mereka dengan syarat adik perempuannya itu harus diletakkan dalam satu bilik supaya dia tidak mengganggu Habib itu beribadat. Mereka 3 beradik pun setuju dan dengan penuh tenang dalam kegembiraan mereka pun pergi berperang.

Setiap kali tiba waktu makan, Habib itu akan meletakkan makanan untuk adik perempuan itu di hadapan pintu bilik. Seusai meletakkan makanan itu dia akan terus pergi dari situ. Lama-kelamaan, datang semula syeikh jelmaan syaitan itu dia menghasut Habib itu supaya mengetuk pintu bilik adik perempuan itu sehingga adik perempuan itu keluar ambil makanan. Lagi sekali Habib itu termakan pujukan Syaitan itu.

Selepas itu, Syeikh jelmaan itu datang semula untuk menghasut Habib itu supaya masuk dalam bilik perempuan itu kerana dikhuatiri orang luar boleh nampak bahawa dalam rumah Habib yang sangat kuat beribadat yang sangat menjaga Ikhtilat, ada seorang perempuan bukan mahram dan perkara ini boleh menjatuhkan maruah dirinya sebagai seorang Habib.

Habib itu termakan pujukan Syaitan. Lalu dia pun masuk dalam bilik perempuan itu. Tapi mereka senyap. Dia dihasut Syaitan supaya berbual supaya perempuan itu tidak busan. Lama-kelamaan Habib itu tersungkur dalam lembah penzinaan bersama adik perempuan tiga beradik. Dan ditakdirkan Allah, perempuan itu telah mengandung. 

Habib itu pun membunuh perempuan itu bersama bayi yang dikandungkan itu kerana dikhuatiri orang ramai dapat mengetahui berita Habib telah melakukan zina dan pembunuhan.

Bila tiba 3 beradik itu pulang dari medan peperangan, mereka pergi ke rumah Habib. Mereka bertanya di manakah adik perempuan mereka. Habib itu pun mereka-reka cerita berkenaan adik mereka. Diberitahu pada mereka adik mereka itu meninggal secara tiba-tiba. Mereka terkejut dengan berita itu dan meminta Habib itu menunjukkan kubur adik mereka.

Pada waktu malam, ketika 3 beradik itu sedang tidur, Allah mendatangkan mimpi yang sama kepada mereka bertiga.Di dalam mimpi itu mereka didatangi adik perempuan mereka dan seorang bayi.

Mereka menjadi musykil siapakah milik bayi itu. Mereka semakin musykil dengan Habib itu. Mereka pergi semula ke kubur adik mereka. Mereka gali kubur itu. Dan apa yang memeranjatkan dalam kubur itu mereka menemukan mayat adik perempuan mereka bersama dengan mayat bayinya itu.

Mereka sungguh tidak menyangka Habib itu sanggup dan tergamak untuk melakukan zina bersama adik mereka dan membunuh adik mereka. Mereka membuat keputusan untuk menyalib Habib itu.

Sewaktu Habib itu diikat untuk disalib, datang seekor burung merpati yang boleh bercakap kepada Habib itu. Habib minta kebebasan daripada burung itu. Burung itu berkata bahawa dia boleh membebaskan habib itu dengan syarat Habib itu sujud pada burung merpati itu.

Tapi, disebabkan Habib itu benar-benar dipengaruhi ketakutan akan kematian, beliau sujud pada burung merpati itu. Namun, Habib itu tetap tidak dapat diselamatkan daripada disalib. Dan beliau mati dalam keadaan menyembah seekor burung.


Jadinya sahabat-sahabat sekalian, jangan kita menyangka, dengan banyak mana amal ibadat yang kita lakukan kita akan terlepas dari melakukan satu dosa. Rasulullah S.A.W. yang maksum itu juga setiap hari tak pernah jemu menangis berdoa dalam mengabdikan diri kepada Allah, tapi kita yang memang takkan pernah terlepas dari buat dosa, tetap kita kurang mengabdikan diri kepada Allah.

Pintu Taubat Allah masih terbuka dan takkan pernah tertutup selagi belum tibanya hari dan waktu yang amat dinanti-nantikan iaitu Yaumul Qiamah. Jadi, sahabat, ayuh lah kita saling berusaha bermatian-matian untuk grab cinta Allah. Itu adalah Cinta yang sebenar-benarnya.




Semoga beroleh manfaat. Sesungguhnya segala kebaikan datangnya daripada Allah Ta'ala dan segala yang buruk itu datangnya juga daripada Allah Ta'ala tapi disandarkan kepada Hamba yang Lemah lagi Hina ini. Allahu A'lam. Semoga bertemu di kalam penulisan yang seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Tidak Menjaga Ikhtilat

Ramadhan al-Mubarak :')

Impianku yang Satu :)